Assalamualaikum w.b.t
Post awal2 ni ingat
nak ckp isu yg ringan je la. Walaupun ringan, tapi percayalah impak dia besar. Bukan
apa, org kata kalau nak buat bangunan tinggi, kena belajar buat rumah setingkat
dulu.
Sekarang ni mmg betul kita dapat tgk mahasiswa pung pang
pung pang bercakap pasal Negara,pung pang ckap pasal perundangan lah politiklah
apalah.Nak ubah itulah inilah. Dah cakap pasal benda yg besar2 dalam negara. Ni nak bg pendapat sikit ni, apa kata kita
kita ubah diri sendiri dulu.
Banyak perkara yg sekarang ni kita selalu tak buat , padahal
benda senang je. Contohnya, patuhi masa.
Kita kalau nak bercakap pasal isu-isu besar, takkan isu kecik mcm patuhi masa
kita tak boleh buat. Kata pukul 5 petang,
5.15 belum tentu nampak tapak kaki. Hadoih.. Bila ada mesyuarat ke apa, kau
datang lambat 30 minit. Pastu kalau menghentam orang punya pendapat kau no 1. Malulah sikit.
Konon nak jdi pemimpin masa tak boleh nak tepati apa kes der?? Masalah betul..
Mana lah orang nak respect kau.
Then, I nak ckp pasal senyum. Dulu-dulu, time I sekolah
rendah kan, bila jumpa or tepandang muka org, I mesti senyum then org tu mesti
senyum balik. Walaupun org tu tak dikenali, entah perompak ke pencuri, senyum
mesti tak lekang. Tp bila dah besar ni, I tgk walaupun kita senyum manis macm
mana sekalipun belum tentu org tu balas. Dan sekarang , I pun malas nak bagi
senyuman kat org lain. Bila kita tak senyum mula lah kata kita sombong. Secara
tak sedar sebenarnya ini salah satu sebab kenapa masyarakat hidup puak-puak.
Kalau kat kampus tu mmg sampai boleh lawan-lawan mulut. I bagi pendapat dari
apa yg I tgk lah.
Jadi, apa kata kita ikut seruan senyum selalu tu. Penat2 je
kat tb buat kempen senyumlah, ahai cek mek molek. Ada sebab kenapa senyum tu
penting untuk di pupuk. Senyumlah, hatta senyuman anda itu hanyalah senyum kambing.Jangan
jadi kambing sudeh.hehe.
comel apa senyum kambing pun.
p/s: senyum kambing pun dapat pahala ok!
Salam ukhuwah :D
Salam ukhuwah :D
No comments:
Post a Comment